Kemasukan Sesi 2013


SYARAT-SYARAT KEMASUKAN SESI 2013

MENGIKUT TAHAP

A. Bagi pelajar yang ingin mendaftar ke Darjah Satu hingga Darjah Enam, pelajar-pelajar hendaklah:

  • Memiliki Sijil Kelahiran, dan
  • Ibu atau Bapa atau Penjaga adalah Warganegara.

B. Bagi pelajar yang ingin mendaftar ke Tingkatan Satu, pelajar-pelajar hendaklah:

  • Memiliki sijil UPSR,
  • Lulus SEMUA matapelajaran UPSR, dan
  • Lulus Ujian Saringan sekolah.

C. Bagi pelajar yang ingin mendaftar ke Tingkatan Dua atau Tiga, pelajar-pelajar hendaklah:

  • Memperoleh purata lulus sekurang-kurangnya 50% bagi dua peperiksaan utama* 2012, dan
  • Bebas dari sebarang Rekod Disiplin.

D. Bagi pelajar yang ingin mendaftar ke Tingkatan Empat, pelajar-pelajar hendaklah:

  • Memiliki PMR, dan
  • Lulus sekurang-kurangnya TIGA matapelajaran, termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Arab, dan
  • Bebas dari sebarang Rekod Disiplin.

E. Bagi pelajar yang ingin mendaftar ke Tingkatan Lima, pelajar-pelajar hendaklah:

  • Memperoleh sekurang-kurangnya pangkat MAQBUL untuk SMU, atau
  • Lulus Bahasa Melayu, dan
  • Bebas dari sebarang Rekod Disiplin.

Sila bawa bersama dokumen-dokumen demikian (yang berkenaan):

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan Sijil Lahir
  3. Salinan Kad Pengenalan Ibu
  4. Salinan Kad Pengenalan Bapa
  5. Salinan Slip Gaji Ibu / Bapa (jika ada)
  6. Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2012 / UPSR / PMR / SMU
  7. Markah PLBS , PEKA dan Kerja Khusus yang berkaitan
  8. Buku Rekod Disiplin
  9. Buku Rekod Kokurikulum

Dengan ini, pihak sekolah ingin mengalu-alukan kedatangan saudara-saudari ke sekolah kami.

Sekian, Wassalam.

Advertisements
%d bloggers like this: