Sejarah Penubuhan


PENUBUHAN SMU(A) AL-FALAH, SIRAM

          Sekolah ini didirikan pada tahun 1958, tetapi diisytiharkan pada tahun 1959. Ia diasaskan oleh Tuan Guru Hj Sulaiman b. Hj Ngah. Pada peringkat awalnya, sekolah ini hanya mempunyai tiga orang tenaga pengajar sahaja iaitu Hj Sulaiman b. Hj Ngah sebagai pengetua, Hj Abdul hamid b. hj Ismail dan Yahaya b. Idris. Pada awal penubuhan, murid-muridnya belajar dibangunan sementara iaitu dipondok Ihsaniah. Bangunan sementara tersebut terlalu ringkas. Tiang-tiangnya diperbuat daripada batang nibong manakala rangka bumbungnya diperbuat daripada batang kayu bulat. Sementara itu, dinding bangunan tersebut hanya diperbuat daripada buluh. Kerusi dan mejanya juga diperbuat daripada buluh dan nsiap ditanam didalam tanah.  Hanya terdapat 50 orang pelajar pada awal penubuhan sekolah ini.

ASAL USUL NAMA SEKOLAH

Sekolah ini dinamakan Al-Falah kerana maksudnya iaitu kejayaan. Selain daripada itu, nama ‘Falah’ dipilih kerana sebelum sekolah ini ditubuhkan, kawasan ini merupakan hutan pokok palas (daunnya digunakan untuk membuat ketupat).

HASRAT & HARAPAN

Kami berharap pelajar-pelajar di sini dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang akedemik dan ko-kurikulum pada masa hadapan. Sekolah ini juga diharapkan dapat melahirkan modal insan yang berkaliber, cemerlang, gemilang dan terbilang dari segi rohani dan sahsiah diri.

SENARAI PENGETUA YANG PERNAH BERKHIDMAT

  1. YBrs Tuan Guru Hj Sulaiman b Haji Ngah
  2. YBrs Hj Zakaria b Che Mud
  3. YBrs Ustaz Abdul Rahim b Abdul Hamid
  4. YBrs Ustaz Hj Harun b Sulaiman
  5. YBrs Ustaz Ismail b Yahya
  6. YBrs Ustaz Rusdi b Zakaria
  7. YBrs Ustaz Yusri b Ibrahim
  8. YBrs Ustaz Zamri bin Mat Yusoff
Advertisements
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: