Profil


Merupakan sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan sejak 2008,

Dibawah penyeliaan Bahagian Pendidikan Islam, KPM bersama Yayasan Islam Kelantan (YIK),

Terletak di Pasir Mas, Kelantan.

VISI SEKOLAH : “Mensasarkan sebuah sekolah berdaya saing dan cemerlang dari aspek Sahsiah dan Akademik dalam tempoh lima tahun, bermula 2016 sehingga 2020.”

MISI SEKOLAH :

” Warga Al-Falah bersedia untuk:

  • Menyediakan peluang pendidikan terbaik untuk semua pelajar bagi melahirkan modal insan yang cemerlang ukhrawi dan duniawi.
  • Memartabatkan sistem dwi kurikulum (ugama arab & akademik)
  • Mesra pelanggan, harmonis dan dedikasi

MATLAMAT SEKOLAH :

  1. Menjadikan SMU (A) Al-Falah berdaya saing dari aspek kecenderungan masyarakat.
  2. Menjadikan SMU(A) Al-Falah pusat ilmu bagi melahirkan kecemerlangan pencapaian pelajar.
  3. Membina dan memupuk nilai dan kepakaran guru bagi mewujudkan budaya kerja yang positif  “Kerja sebagai Satu Ibadah”.
  4. Melahirkan pelajar-pelajar yang beriman, bertaqwa, beramal soleh dan berbudi pekerti.
  5. Menerapkan cri-ciri budaya sekolah cemerlang, prihatin dan mampu menyumbang kepada masyarakat.
  6. Mewujudkan biah (persekitaran) dan suasana yang mesra dan harmonis di kalangan guru-guru, pelajar, ibubapa serta masyarakat setempat.
Advertisements
%d bloggers like this: